Jumaat, 16 Disember 2011

NUMERASI TAHUN 1- mengenal nombor



HASIL PEMBELAJARAN
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Mengenal pasti angka, 1 hingga 9

1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa majalah lama, surat khabar atau risalah pasar raya yang mengandungi angka atau tanda harga barangan.

2. Minta murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Kemudian tunjukkan kad nombor secara rawak dan murid menyebutkan nombornya.

3. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gunting, gam dan kertas mahjong kepada setiap kumpulan. Minta murid menggunting angka 1 hingga 9 yang dapat mereka cari dan lekatkan ke dalam buku atau kertas mahjong.

4. Edarkan Lembaran Kerja 1.2.

5. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu Sayang Semuanya bersama-sama.

BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:
1. Kad nombor (1 hingga 9)
2. Majalah lama/Surat khabar/Risalah pasar raya
3. Gunting
4. Gam
5. Kertas mahjong

Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Kad nombor (1 hingga 9)
2. Nombor yang ada di sekitar kawasan sekolah
3. Lembaran Aktiviti 1.2

PERBENDAHARAAN KATA
AKTIVITI PENGUKUHAN
Nombor
Bilangan
Membilang
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan

1. Gantung atau lekatkan kad nombor pada tempat yang berbeza di dalam kelas. Sebut nombor 1 hingga 9 secara rawak dan minta murid menunjuk ke arah kad nombor yang betul.

2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah. Perhatikan dan perihalkan tentang nombor yang ada di sekeliling mereka.

3. Edarkan Lembaran Aktiviti 1.2. Minta murid mendengar dengan teliti dan bulatkan angka yang betul

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama