Tajuk : Nombor
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( KSSR )
Matematik Tahun 1 - Tajuk : Nombor
Tajuk : Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk
- Menyatakan kuantiti secara intuitif
Standard pembelajaran : Murid berupaya untuk :
1. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit , sama banyak atau
tidak sama banyak dan lebih atau kurang
a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek
b) Membanding dua kumpulan secara padanan
c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek
Aktiviti pengajaran :
1) Fasa Persediaan :
Guru menunjukkan gambar dan meminta murid membuat perbandingan banyak dan sedikit.
2) Fasa Imaginasi :
- Murid diminta keluar kelas dan membuat 2 bulatan . 1 bulatan kecil dan 1 bulatan besar
- Murid diminta mengutip daun - daun kering dalam kumpulan masing - masing.
- Soaljawab : Kumpulan manakah yang mengutip paling banyak daun ?
3) Fasa Perkembangan :
i) Murid diminta mengumpulkan benda - benda berkaitan dan membuat perbandingan dengan menyatakan kuantitinya banyak atau sedikit , sama banyak atau tidak sama banyak , dan lebih atau kurang.
ii) Menunjukkan kad bergambar , satu demi satu untuk murid menyatakan kuantitinya samada banyak , sedikit atau sama banyak.
4) Fasa Tindakan :
Aktiviti pengukuhan ( Buku Latihan dan Aktiviti / Lembaran kerja ) dan pemulihan ( bimbingan guru ).
Label: Nombor, Perbandingan, Tajuk
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama