Jumaat, 16 Disember 2011

NUMERASI TAHUN 1- Menyebut nombor


UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10 
 
HASIL PEMBELAJARAN
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Menyebut nombor,
1 hingga 9
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
1. Bentukkan dua kumpulan. Murid menyanyikan lagu „Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Tuliskan senikata pada papan tulis. Pastikan murid menyebut nombor dengan betul.

Satu, satu saya sayang ibu,
Dua, dua saya sayang bapa,
Tiga, empat sayang adik kakak,
Satu, dua, tiga, empat sayang semuanya.
Lima, lima saya sayang cikgu,
Enam, tujuh saya sayang kamu,
Lapan, sembilan saya sayang dia,
Satu hingga sembilan sayang semuanya.
2. Kemudian murid diminta melompat setempat bersama-sama sambil menyebut nombor 1 hingga 9.

3. Seterusnya, susun kumpulan murid dan sembilan gelung rotan seperti berikut. Arahkan murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung rotan.

4. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung rotan ke gelung rotan yang berikutnya sambil menyebut dengan kuat nombor 1 hingga 9. Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang.

5. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu „Sayang Semuanya bersama-sama.

BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:
1. Gelung rotan
2. Wisel




Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama